700 Cef Sedia Makanan 2 Juta Jemaah Haji | KAKI PALU

700 Cef Sedia Makanan 2 Juta Jemaah Haji

Share on Google Plus




Lebih 700 cef ditugaskan untuk memasak makanan kepada lebih dua juta jemaah yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.


Menurut Agensi, Ketua Jawatankuasa Makanan dan Nutrisi Nasional, Shaker al-Harthi memberitahu portal be¬rita Arab News bahawa lebih 700 cef Arab Saudi akan menyiapkan keperluan makanan jemaah haji tanpa mengira kewarganegaraan mereka, lapor Kosmo.


Beliau berkata, satu perjanjian telah ditandatangani antara persatuan cef dan Jawatankuasa Makanan dan Nutrisi Nasional untuk menjaga keperluan pemakanan semua jemaah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan.


“Kami mempunyai satu mekanisme yang sesuai untuk menyediakan makanan sihat pada kos yang rendah,” katanya.


Seorang cef di Hotel al-Shohadaa, Manal Hosawi berkata kepada Arab News bahawa cef tempatan memiliki pengalaman secukupnya untuk memenuhi permintaan jemaah haji dari seluruh dunia.


“Sebahagian jemaah haji sudah biasa dengan makanan tradisional mereka, jadi kami sedang berusaha sedaya upaya supaya makanan yang disediakan kepada mereka mempunyai rasa seakan-akan sama,” katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment