Kastam Berjaya Lumpuhkan Kes Penipuan Tuntutan Pulang Balik GST Dianggarkan Bernilai RM25.58 Juta | KAKI PALU

Kastam Berjaya Lumpuhkan Kes Penipuan Tuntutan Pulang Balik GST Dianggarkan Bernilai RM25.58 Juta

Share on Google Plus




Bertindak atas maklumat dan hasil kerjasama bersama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah berjaya menahan dalang utama yang disyaki terlibat dalam penipuan tuntutan pulang balik (refund) palsu melalui penyata GST-03 yang dianggarkan bernilai hampir RM25.58 juta.



Suspek utama telah ditahan bersama wang tunai berjumlah RM200,000 dan pelbagai mata wang asing manakala sebanyak RM182,000 telah ditahan bersama isteri suspek. Akaun bank milik kedua-dua suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan di bawah Akta Pencegahan  Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



Kes disiasat di bawah Seksyen 89(1)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Jabatan Kastam menasihatkan agar registran GST dan masyarakat supaya tidak terlibat dengan kegiatan tuntutan palsu GST kerana tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment