Kim K Sumbang AS$500,000 Untuk Mangsa Harvey | KAKI PALU

Kim K Sumbang AS$500,000 Untuk Mangsa Harvey

Share on Google Plus




Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey.


Beliau menyertai barisan bintang lain seperti Jennifer Lopez, Dwayne Johnson, pemain NFL J J Watt dan pelawak Kevin Hart yang menjanjikan dana bagi membantu ribuan penduduk terjejas akibat bencana itu di Texas.


Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe dan Kourtney serta ibu mereka, Kris Jenner, membuat janji itu di Twitter, menyalurkan dana mereka kepada pertubuhan Palang Merah dan Salvation Army.


“Houston, kami mendoakan kamu! Ibu, adik beradik perempuan saya dan saya akan menderma AS$500,000,” katanya menerusi Twitter.


Ribut Tropika Harvey, yang melanda Texas sebagai taufan hujung minggu lalu, menyebabkan banjir teruk di negeri itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan melumpuhkan Houston.


Pegawai bandar raya sudah bersiap sedia memberi perlindungan kepada 19,000 penduduk, dengan ribuan lagi dijangka meninggalkan kawasan terjejas. – Reuters/BH ONLINE








Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment