Plat ‘AKU BOSS’ Gagal Tarik Bidaan Ratusan Ribu Ringgit | KAKI PALU

Plat ‘AKU BOSS’ Gagal Tarik Bidaan Ratusan Ribu Ringgit

Share on Google Plus




Sebelum ini digembar-gemburkan kononnya nombor siri pendaftaran kenderaan di Perak, AKU 8055 yang boleh membawa maksud AKU BOSS, mungkin menerima bidaan tertinggi mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, nombor pendaftaran itu hanya menerima bidaan tertinggi RM74,000 manakala yang tertinggi ialah AKU 1 dengan bidaan RM207,898.90.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, pihaknya menerima 3,315 permohonan bidaan tetapi 239 daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

“Untuk siri AKU ini, harga tertinggi ialah AKU 1 iaitu pembida yang berjaya dengan membida sebanyak RM207,898.90.

“Untuk siri AKU ni, jumlah pembida adalah bertambah sebanyak dalam lima ke enam kali ganda berbanding siri yang sebelum ni dan jumlah kutipan untuk siri ini ialah sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau keadaan kaunter sempena hari terbuka JPJ Perak di sini pada Khamis.

Mohd Zawawi berkata, kutipan RM3.5 juta daripada siri AKU itu adalah antara yang tertinggi yang pernah dicatatkan oleh JPJ Perak.

Mengenai desas-desus sebelum ini kononnya terdapat selebriti yang dikatakan membida nombor-nombor tertentu, beliau memberitahu, berdasarkan rekod, selebriti berkenaan hanya membida nombor lain yang biasa.

Berdasarkan kepada semakan yang dibuat di papan kenyataan jabatan berkenaan, nombor AKU 8055 didaftarkan atas nama seorang lelaki berbangsa Cina manakala AKU 1 didaftarkan di atas nama seorang lelaki Melayu.

Mohd Zawawi memberitahu, nombor siri seterusnya AKV akan dibuka untuk tender kira-kira dua minggu lagi. – Awani



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment