Asyraf Wajdi Sedih Ada Pemimpin Islam Sokong Pesta Arak | KAKI PALU

Asyraf Wajdi Sedih Ada Pemimpin Islam Sokong Pesta Arak

Share on Google Plus



Pesta arak merupakan masalah sejagat dan di peringkat antarabangsa, pesta seumpama berkenaan pernah diharamkan oleh kerajaan United Kingdom akibat keganasan yang berlaku pada penganjuran tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berlainan pula di Malaysia apabila ada kalangan pemimpin Melayu pembangkang yang sanggup membantah pendirian kerajaan tidak meluluskan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ demi menjaga kemaslahan rakyat secara umum.

“Lebih menyedihkan kerana terlalu mabukkan kuasa politik, ada pemimpin-pemimpin Melayu Islam turut sama bersekongkol mempertahankan dakwaan pemimpin-pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh membantah pendirian kerajaan,” ujarnya, lapor MD.

Menulis di laman sosial Facebook peribadinya, Dr Asyraf turut memuatnaik artikel media antarabangsa melaporkan kerajaan Scotland telah mengharamkan pesta arak Octoberfest lantaran ramai yang mabuk dan mencetuskan keganasan.

Menurut laporan tersebut, pesta berkenaan dianjurkan di kota Glasgow yang merupakan ibu kota Scotland. Terletak di tengah-tengah bandar, ianya tidak sesuai dijadikan lokasi ekoran ramai hadirin mabuk dan mula mengancam orang awam.

Pesta seumpama tersebut cuba dianjurkan di ibu kota Kuala Lumpur dan mendapat pelbagai tentangan orang awam, ianya kemudiannya dibatalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapat sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas faktor keselamatan.

Ujar Dr Asyraf, keputusan kerajaan UK dan Scotland membatalkan acara berkenaan tidak mendapat bantahan oleh rakyat negara berkenaan apatah lagi melontarkan kata-kata sumbang mendakwa kerajaan mereka menggadai hak asasi dan tidak menghormati hak kepelbagaian agama.

“Ironinya, bila Kerajaan Malaysia bertegas tidak membenarkan penganjuran di sini atas alasan kemudaratan dan ancaman keselamatan, kerajaan dituduh terlalu Islamik, tidak hormati hak asasi dan hak kepelbagaian agama sedangkan semua agama mengharamkan kemudaratan bahkan minuman yang memabukkan seperti arak,” kata Dr Asyraf.

DBKL baru-baru ini telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini walaupun tidak secara jelas menyatakan samada beliau menyokong atau tidak penganjuran pesta arak itu di dalam kenyataannya berkata dasar kerajaan negeri itu adalah menjamin dan memelihara hak kaum dan agama lain.






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment