Harap Muka Sahaja Tampan, Berlakon Silat Tanpa Ilmu | KAKI PALU

Harap Muka Sahaja Tampan, Berlakon Silat Tanpa Ilmu

Share on Google Plus




Bekas pesilat negara mengkritik industri perfileman tempatan yang mementingkan artis “wajah tampan, tapi kaku bersilat” dalam lakonan.

Ruzaidi Abdul Rahman, juga pelakon, membandingkan dengan industri filem seperti Thailand dan Indonesia yang “berjaya mengangkat seni bela diri”.

“Filem satu jalan yang berjaya mengangkat seni bela diri sebagai mana kejayaan filem Perantau Wariror dari Indonesia dan Ong Bak dari Thailand,” katanya.

Menurut Harian Metro, beliau juga berkata sukar melihat sebuah filem yang benar-benar dibawa mereka yang memiliki ilmu persilatan 100 peratus.

Ruzaidi mencadangkan pemikiran sedemikian diubah dengan memberi peluang kepada mereka yang memiliki pengetahuan, demi meningkatkan martabat silat Melayu.

Ruzaidi berkata demikian dalam wacana Seni Silat Melayu: Falsafah, Sejarah dan Amalan di Universiti Kebangsaan Malaysia semalam.

Beliau berlakon dalam filem-filem Abang Long Fadil dan Mantra serta drama bersiri persilatan Keris Hitam Bersepuh Emas.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment