Kesemua Mayat Mangsa Pusat Tahfiz Rentung - Ketua Polis KL | KAKI PALU

Kesemua Mayat Mangsa Pusat Tahfiz Rentung - Ketua Polis KL

Share on Google Plus




Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.


"Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi ini.


Amar Singh juga berkata pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.


Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.


Kebakaran dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.





- Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment