Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah KL Terbakar, Lebih 20 Terkorban | KAKI PALU

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah KL Terbakar, Lebih 20 Terkorban

Share on Google Plus




Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.


Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.


Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.


Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment