Setelah Anak Berkahwin Baru Tahu Menantu Rupanya Sama Jantina Dengan Anak | KAKI PALU

Setelah Anak Berkahwin Baru Tahu Menantu Rupanya Sama Jantina Dengan Anak

Share on Google Plus






Seorang ibu yang curiga dengan suara dan bentuk fizikal calon suami anak perempuannya terkejut selepas mendapati bakal menantunya sebenarnya wanita.

Penipuan itu terbongkar sebelum anak perempuannya, Wilis Setyowati, 26, melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Pratama.

Pratama meminang wanita itu pada 31 Ogos lalu dan majlis pernikahan mereka dirancang pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, keluarga Wilis curiga selepas mendapati suara dan ciri fizikal Pratama tidak seperti lelaki.

Kerana curiga ibu wanita itu membuat laporan polis kerana mengesyaki Pratama adalah wanita.

Jurucakap polis Purworejo, Kholiq Mawardi berkata, susulan laporan itu polis menahan Pratama tetapi mendapati dokumen pengenalan diri menunjukkan dia adalah lelaki.

“Kerana tidak berpuas hati, kami membawa Pratama ke hospital untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan bahawa dia adalah wanita.

“Wanita itu akhirnya mengaku dia menyamar sebagai lelaki semata-mata mahu berkahwin dengan Wilis yang juga kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu atau nama sebenarnya Nova Aprida Avriani juga mengaku memalsukan dokumen pengenalan diri untuk menyamar sebagai lelaki.

“Kami kemudian menahan Nova Aprida dan menetapkan wanita itu sebagai suspek kes penipuan dan pemalsuan dokumen.

“Suspek didakwa mengikut Fasal 263 berkaitan pemalsuan dokumen dan berdepan hukuman penjara enam tahun jika didapati bersalah,” jelasnya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment