Surat Ditulis Biarawati Dirasuk Syaitan Diterjemah | KAKI PALU

Surat Ditulis Biarawati Dirasuk Syaitan Diterjemah

Share on Google Plus




SELEPAS lebih 300 tahun, barulah sekeping surat yang ditulis oleh seorang biarawati yang ketika itu dikatakan dirasuk syaitan, berjaya diterjemahkan.


Meskipun bukan semua kandungannya dapat diterjemah namun ia cukup untuk mengetahui apa yang berlaku.


Surat berkenaan ditulis oleh sister Maria Crocifissa della Concezione dengan menggunakan tulisan tangan pada 1676.


Ia menerangkan mengenai sistem yang digunakan ketika itu, yang tidak berguna kepada sesiapapun serta pengabadian. Tulisan itu juga merujuk kepada sungai di neraka.


Surat berkenaan ditemui di Sicily, tempat di mana Maria menetap sejak dia berusia 15 tahun. Maria mendakwa menemui surat berkenaan ketika bangun dari tidur dan tidak mengetahui siapa yang menulisnya.


Ia menggunakan huruf latin, Greek purba serta Arab. Menurut penyelidik, Maria telah dirasuk dan menjerit serta pengsan.


Dia juga meracau bahawa syaitan mahukannya melakukan kejahatan.



– MYNEWSHUB.CC



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment