[VIDEO] Wanita Beranak Di Tengah Jalan Buat Orang Tergamam | KAKI PALU

[VIDEO] Wanita Beranak Di Tengah Jalan Buat Orang Tergamam

Share on Google Plus




Rakaman video seorang wanita mengandung melahirkan anak di tengah jalan tular selepas dia dengan selambanya menjinjing bayi dan berjalan pulang.


Kejadian itu berlaku di Yunfu, wilayah Guangdong di China pada 2 September lalu apabila wanita ini sedang membeli barang di sebuah kedai.


Wanita sarat mengandung itu terus memegang perutnya selepas mendapati air ketubannya pecah, lalu melahirkan anak sambil berdiri.


Daily Mail memetik laporan news163.com melaporkan rakaman video itu tular di laman sosial selepas orang ramai terkejut melihat bayi baru lahir di atas jalan raya bersama ibunya yang beranak sambil berdiri.


Dalam satu lagi rakaman kelihatan ambulans dan pegawai perubatan datang membantu wanita dan bayi tersebut dengan membalut serta menempatkan bayi itu di atas kerusi di tengah jalan.


Selepas itu, wanita tersebut mendukung bayinya berserta beg barangan dan berjalan pulang dengan baju berlumuran darah.


Orang ramai yang mengelilingi wanita itu bukan sahaja terkejut dengan kejadian itu, malah tergamam dengan kelakuan ibu tersebut yang mampu berjalan pulang bersama bayi dan barang yang dibeli.







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment