AS Tayang Jet Pengebom Di Semenanjung Korea | KAKI PALU

AS Tayang Jet Pengebom Di Semenanjung Korea

Share on Google Plus



Amerika Syarikat (AS) menerbangkan dua jet pengebom supersonik di semenanjung Korea bagi menayangkan kehebatan terhadap Pyongyang dalam latihan ketenteraan bersama Jepun dan Korea Selatan.

Kedua-dua jet B-1B Lancer yang berpangkalan di Guam itu terbang di sekitar kawasan Laut Jepun lewat kelmarin, kata Tentera Udara Pasifik AS dalam satu kenyataan.

“Keupayaan terbang dan menjalani latihan pada waktu malam dengan sekutu kami dalam keadaan selamat merupakan keupayaan penting yang perlu dikongsikan antara AS, Jepun dan Republik Korea selain menunjukkan kehebatan juruterbang setiap negara,” kata Mejar Patrick Applegate dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa pertahanan Korea Selatan berkata, pesawat pengebom itu mempamerkan simulasi latihan pelancaran peluru berpandu udara ke darat bersama dua pesawat pejuang Korea Selatan di sekitar Laut Jepun.

Keempat-empat pesawat itu kemudian terbang di sekitar semenanjung Korea dan melakukan latihan tembakan kedua di Laut Kuning sebelum kedua-dua pesawat B-1B itu pulang ke pangkalan masing-masing, kata Ketua Pegawai Bersama Korea Selatan (JSC).

“Latihan ini adalah sebahagian daripada rutin yang bertujuan untuk mengukuhkan pertahanan terhadap ancaman nuklear Korea Utara.

“Menerusi latihan kali ini, Korea Selatan dan tentera udara AS mempamerkan keupayaan masing-masing dalam menangkis ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara,” kata JSC.

Pesawat B-1B itu juga menjalani latihan bersama Tentera Udara Jepun, demikian menurut kenyataan terbabit. – AFP



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment