ATM, PDRM Aset Penting Keamanan Negara – Najib | KAKI PALU

ATM, PDRM Aset Penting Keamanan Negara – Najib

Share on Google Plus



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah aset penting keamanan negara yang perlu dikenang, dirai dan diiktiraf, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa keamanan hasil perjuangan pasukan keselamatan itu, negara serta rakyat tidak akan berada di tahap sepertimana yang dikecapi ketika ini, katanya.

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun ini, iaitu antara pertumbuhan yang tertinggi di dunia.

“Kita juga berada di tangga ke-29 daripada 193 negara paling aman di dunia dalam Indeks Keselamatan Global, malah Malaysia juga berada di kedudukan ke-23 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing.

“Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa keamanan dan keselamatan dan atas sebab itulah pada saya, wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktiraf, mengenang jasa serta pengorbanan para pahlawan negara,” katanya ketika berucap pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini, hari ini. – BERNAMA



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment