Bos AirAsia, Tony Fernandez Kahwin Wanita Korea | KAKI PALU

Bos AirAsia, Tony Fernandez Kahwin Wanita Korea

Share on Google Plus




Pengasas bersama syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan mengahwini teman wanitanya dari Korea yang dikenali Chloe.

Memetik laporan New Straits Times, majlis perkahwinan itu diadakan di Cote d’Azur, Perancis pada Sabtu.

Berdasarkan kepada gambar majlis itu, Tony kelihatan segak memakai suit hitam manakala isterinya dengan gaun putih.

Pasangan itu dikatakan bercinta lebih daripada dua tahun sebelum berkahwin.

Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment