Bos Lama SPRM Juga Difitnah 'Happy Ending' Di Rumah Urut, Kata Wartawan Veteran | KAKI PALU

Bos Lama SPRM Juga Difitnah 'Happy Ending' Di Rumah Urut, Kata Wartawan Veteran

Share on Google Plus



Fitnah terhadap Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad bukanlah serangan pertama terhadap badan berkanun membanteras rasuah negara kerana bos lama SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga menerima nasib sama.

Wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan berkata, Abu Kassim ketika bertugas sebagai Pesuruhjaya SPRM sebelum ini dituduh berhibur di sebuah pusat kesihatan menggunakan wang rakyat, ditemani tiga pegawai dari SPRM.

Tuduhan digembar-gemburkan oleh blogger Din Merican itu kata Ahirudin kemudiannya didapati tidak benar.

"Mengimbas kembali, mungkin sebuah pasukan khas perlu diwujudkan dahulu. Ianya akan secara rasmi membersihkan nama Abu Kassim daripada tuduhan dan menghukum penuduh sewajarnya kerana cuba memalukan dan menjatuhkan reputasu SPRM.

"Ianya akan menjadi penghalang kepada sesiapa yang cuba memfitnah mereka yang mengepalai institusi awam penting seperti SPRM, polis, Pejabat Peguam Negara (AGC), (institusi) kehakiman, dan sebagainya.

"Ianya juga sebagai peringatan kepada mereka yang mengetuai institusi ini bahawa mereka tertakluk dibawah pengawasan sepertimana orang lain," ujar Ahirudin dipetik blognya, Rocky Bru.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas menyiasat tuduhan terhadap Dzulkifli

Ujar Apandi, tuduhan mempunyai hubungan sulit bersama wanita bersuami adalah kesalahan serius dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Justeru itu, Ahirudin memuji inisiatif oleh Apandi untuk membersihkan nama Dzulkifli ekoran ianya melibatkan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Bagi saya, ianya akan memberi Ketua Pengarah SPRM Dzulkifli Ahmad peluang untuk mempertahankan nama baiknya. Dan ia bermakna beliau tidak perlu melakukannya bersendirian.

"Dan sekiranya penuduh-penuduhnya tidak boleh membuktikan tuduhan mereka, maka hukuman berat perlu dikenakan ke atas mereka," tegasnya.

Selain itu, imej SPRM sebagai sebuah badan membanteras rasuah di Malaysia juga tidak akan dirosakkan dengan tuduhan berat terhadap ketua badan berkanun berkenaan, tambah Ahirudin.

Dzulkifli sebelum ini dituduh menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita yang kemudiannya didakwa menjadi punca kepada penceraian wanita berkenaan dengan suaminya.

Wanita berkenaan menerusi kenyataannya menafikan mempunyai hubungan sulit bersama Dzulkifli.

Penganalisis menyifatkan tuduhan terhadap Dzulkifli adalah cubaan melemahkan semangat Ketua Pengarah SPRM yang kini tangkas membanteras aktiviti rasuah terutama dalam kalangan pembangkang.

- mD


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment