Boy Iman Ditahan Reman Buat Kali Kelima | KAKI PALU

Boy Iman Ditahan Reman Buat Kali Kelima

Share on Google Plus




Mahkamah Majistret Jitra di sini membenarkan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali Boy Iman ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah banglo membabitkan nilai RM6.2 juta.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun.


Boy Iman, 37, ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Selain itu, tiga individu lain iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah yang juga dikenali sebagai Datuk Anggun turut ditahan reman dalam tempoh yang sama bagi membantu siasatan kes tersebut.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment