Hasrat Pengasas ‘Playboy’ Mahu Disemadikan Sebelah Marilyn Monroe Tercapai | KAKI PALU

Hasrat Pengasas ‘Playboy’ Mahu Disemadikan Sebelah Marilyn Monroe Tercapai

Share on Google Plus




Pengasas majalah Playboy, iaitu Hugh Hefner yang meninggal dunia pada Khamis lalui akan disemadikan di sebelah kubur pelakon Marilyn Monroe.

Pada tahun 1992, Hefner dilaporkan membeli lot kubur bersebelahan model pertama penghias muka depan majalah Playboy itu yang terletak di Westwood Village Memorial Park, Los Angeles dengan harga RM300,000, lapor The Guardian.

Malah menerusi sebuah temu bual pada 2002, Hefner pernah berkongsi mengenai pembelian dan hasratnya untuk dikebumikan di sebelah kubur Marilyn.

Kata mendiang, pengacara Jay Leno merupakan individu yang memberi cadangan agar dia disemadikan bersebelahan pusara Marilyn.

“Marilyn Monroe adalah ikon seks pada zaman saya.

“Terdapat perkara unik mengenainya apabila masih popular walaupun sudah meninggal dunia lebih 50 tahun lalu,” kata Hefner pada 2012.

Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya, The Playboy Mansion disebabkan sakit tua.

sumber : mstar



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment