Hubungan Seks Gadis Bawah Umur Adalah Jenayah Rogol | KAKI PALU

Hubungan Seks Gadis Bawah Umur Adalah Jenayah Rogol

Share on Google Plus



Mahkamah Agung India memutuskan melakukan seks dengan perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah adalah satu jenayah rogol meskipun sudah berkahwin.

Keputusan itu bagi membendung kelemahan kawalan undang-undang di negara itu sehingga mendorong pesalah melarikan diri daripada hukuman.

Ia juga mengambil kira kebenaran perkahwinan undang-undang untuk perempuan adalah 18 tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan anak-anak perempuan di India dikahwinkan pada usia muda khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

Dengan keputusan mahkamah itu, polis perlu mendakwa kes rogol perkahwinan pada masa depan jika mangsa berusia di bawah 18 tahun serta perlu mendaftarkan aduan dalam tempoh satu tahun selepas kejadian.

Vikram Srivastava, seorang peguam yang memperjuangkan isu itu hingga di mahkamah menyambut baik keputusan tersebut kerana ia akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

“Keputusan mahkamah hari ini menyebut, jika mana-mana individu yang berkahwin dengan perempuan di bawah 18 tahun dan jika perempuan itu membuat aduan wujud hubungan seksual dalam satu tahun, individu itu akan didakwa merogol,” kata Vikram.

Tegasnya, perkahwinan kanak-kanak adalah dilarang, walaupun kebanyakan kanak-kanak berkahwin di bawah umur itu,” kata Vikram. – MG



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment