Iklan ‘Tukar Baju’ Dikatakan Rasis | KAKI PALU

Iklan ‘Tukar Baju’ Dikatakan Rasis

Share on Google Plus



SEBUAH syarikat produk kecantikan membuat permohonan maaf kerana iklan dalam taliannya didakwa berbaur perkauman sehingga membangkitkan kemarahan netizen di media sosial.


Syarikat tersebut memberitahu 'ia terlepas kesan tersebut' menerusi sebuah iklan yang dimuat naik di Facebook menunjukkan empat imej wanita.


Iklan mempromosikan produk mandian itu menunjukkan seorang wanita berkulit hitam menanggalkan pakaiannya berwarna coklat.


Ia kemudian mendedahkan seorang wanita berkulit putih memakai baju berwarna krim selepas pakaian coklat ditanggalkan.





Iklan ini membangkitkan kemarahan netizen di media sosial. Foto Facebook Naythemua
Kempen iklan tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada Facebook.


Syarikat berkenaan tampil membuat kenyataan di Twitter bahawa "Satu imej yang dimuat naik kami di Facebook baru-baru ini terlepas kesan dalam mewakili wanita mengikut warna.


"Kami mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan," menurut syarikat itu. - Mirror


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment