Jumpa 176 Butir Peluru Di Tempat Pembuangan Sampah Hulu Langat | KAKI PALU

Jumpa 176 Butir Peluru Di Tempat Pembuangan Sampah Hulu Langat

Share on Google Plus
gambar hiasan




Sebanyak 176 butir peluru 9mm jenis SME 8-02 ditemui bertaburan di Jalan Batu 14 menghala Jalan Ampang berhampiran tempat pembuangan sampah Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata peluru berkenaan ditemui seorang lelaki yang berbasikal ketika melalui kawasan itu pada kira-kira 9.10 pagi.

"Beliau ternampak ketulan besi berupa peluru dan terus menghubungi 999 untuk maklumkan perkara tersebut kepada polis.

"Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kajang dan Balai Polis Batu 14 telah membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan dan menemui 176 butir peluru bertaburan di tepi jalan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Dzaffir, tiada tempat latihan menembak dan tempat lapang sasar berhampiran kawasan itu dan polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berkaitan kehilangan peluru.

Kesemua peluru telah dihantar ke Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk pengesahan dan ujian. - Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment