Mufti Nafi Terlibat Dengan Himpunan Pembangkang | KAKI PALU

Mufti Nafi Terlibat Dengan Himpunan Pembangkang

Share on Google Plus




Mufti Wilayah Persekutuan menafikan penglibatannya dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan, kelmarin.

Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata, beliau berada dalam penerbangan dari Labuan, Sabah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika program itu berlangsung.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami sama ada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program itu.

“Kami menghormati hak kebebasan bersuara di Malaysia, namun berpendirian untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan.

“Justeru, tindakan membuat poster ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kiriman poster yang diterima pihaknya daripada pengguna media sosial yang bertanyakan mengenai penglibatan beliau dalam program tersebut.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia lebih berhati-hati dan menyelidik hal yang belum dipastikan lagi.

“Media sosial hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan sewajarnya untuk tujuan yang bermanfaat,” katanya.

- Sinar Harian



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment