Pondan Paling Cantik Di Dunia... Wanita Pun 'Cair' Tengok Dia [GAMBAR & VIDEO} | KAKI PALU

Pondan Paling Cantik Di Dunia... Wanita Pun 'Cair' Tengok Dia [GAMBAR & VIDEO}

Share on Google Plus



SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi pula bilangan golongan maknyah ni. Semuanya boleh tahan cantik pula tu!



Selepas beberapa maknyah berjaya mengelirukan ramai jejaka di luar sana tentang status jantina sebenar mereka, baru-baru ini seorang lagi maknyah tiba-tiba meraih populariti mendadak di laman sosial.



Cantik tak ‘wanita’ ini? Namanya Riz Ulala dan dia mengakui merupakan seorang maknyah yang telah melakukan pembedahan di Thailand.



Riz atau lebih mesra disapa sebagai Lala telah memuat naik gambar ketika dia masih lagi menjadi seorang lelaki pada zaman sekolahnya.







Nampaknya kedudukan Nur Sajat semakin goyah dengan kemunculan Lala yang lebih cantik berbanding Sajat. Tapi sebenarnya, Lala tak suka jika dirinya dibandingkan dengan Sajat.







Apa yang lainnya mengenai ‘wanita’ berusia 22 tahun ini adalah dia dengan bangganya mengaku bahawa dia seorang lelaki!



Dia juga dengan beraninya mengakui bahawa dia membuat pembedahan di Thailand bagi menjadikan dirinya persis seorang wanita tulen.



Tapi kalau soal alat sulit tu, kami tak dapat nak jelaskan sebab Lala tak ada memuat naik gambar dia berpakaian ketat menampakkan bahagian tersebut. Woww! Jujurnya sis ni!



Walaupun sudah menjadi ‘wanita’, penampilan dirinya yang seksi terlampau itu membuatkan ramai lelaki tulen jadi pening. Yelah, muka dan badan dah nampak perempuan, sekali ada halkum pula.






Kami bukanlah mahu menyokong tindakannya yang telah mengubah kejadian Tuhan. Tapi tindakan beraninya yang mengaku dirinya memang seorang lelaki membuatkan ramai netizen kagum.



Mungkin ramai tidak mengenali dirinya namun kerana kuasa viral, semakin ramai mengenali dirinya dan ada juga yang memuji kecantikannya seakan akan telah mengalahkan wanita tulen.



Cantik macam mana pun, dia masih seorang lelaki pada asal kejadian kelahirannya.






Haihh… Apalah nak jadi sekarang ni. Jangan sampai generasi baharu sekarang ni terikut-ikut sudahlah.



Jadi pondan ni bagaikan perkara biasa sampai ia bagaikan ‘kebanggaan’ bagi golongan itu walaupun memang sah-sah salah di sisi agama Islam.



Pada lelaki tulen di luar sana, hati-hati kalau nak berkenalan dengan orang baru. Takut nanti anda jadi  ‘kunyit’ tanpa sengaja pula!










Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment