Sebuah Kehilangan Besar Kepada UMNO, Kata Zahid | KAKI PALU

Sebuah Kehilangan Besar Kepada UMNO, Kata Zahid

Share on Google Plus



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Datuk Maznah Hamid adalah kehilangan besar kepada UMNO, khususnya Pergerakan Wanita UMNO.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Maznah yang juga Exco Wanita UMNO banyak memberi sumbangan bukan saja di Kedah, malah di peringkat nasional.

"Kita merasakan beliau adalah pakar motivasi yang hebat dan banyak memberi semangat kepada anak muda dan usahawan.

"Saya mengenali beliau ketika saya bekerja di Permodalan Nasional Berhad. Ketika itu beliau seorang pakar motivasi dan saya amat mengagumi beliau," katanya kepada pemberita selepas menziarah jenazah Allahyarham kediamannya di sini, malam ini.

Maznah, yang mendapat jolokan 'Iron Lady' menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 September lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd itu dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantung tersumbat.

Turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment