Selepas Nombor 1 Dunia, So Yeon Sasar Pemain Terbaik | KAKI PALU

Selepas Nombor 1 Dunia, So Yeon Sasar Pemain Terbaik

Share on Google Plus



Selepas meraih kedudukan pemain nombor satu dunia, Ryu So Yeon kini menyasarkan gelaran Pemain Terbaik.

“Di samping mengekalkan pemain nombor satu dunia, sasaran saya seterusnya ialah gelaran Pemain Terbaik bagi tahun ini,” kata pemain golf berumur 27 tahun itu kepada pemberita pada sidang media Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pemain itu mengambil perhatian bahawa walaupun beliau menetapkan sasaran itu tetapi tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Jika terlalu memikirkannya, ia boleh menjejaskan permainan. Jadi, saya hanya mahu fokus pada permainan saya… setiap pukulan, setiap kejohanan,” katanya.

Setakat 22 Okt, So Yeon menduduki tangga teratas kedudukan Pemain Terbaik LPGA bagi tahun ini dengan 162 mata dan diekori pemain Amerika Lexi Thompson dengan 147 mata dan rakan senegara Park Sung Hyun di tempat ketiga dengan 142 mata.

Pada 26 Jun, So Yeon menduduki nombor ke-11 dalam Rolex Rankings susulan kejayaan memenangi gelaran Jelajah LPGA buat kali kelima pada Kejohanan Walmart NW Arkansas.

“Terdapat beberapa pemain yang menghampiri kedudukan teratas ranking, dan saya rasa bertuah saya dapat mengalahkan mereka dan menduduk tempat teratas. Ia menjadi motivasi untuk saya terus bermain dengan baik. Saya mahu menjadi pemain nombor satu sejati,” katanya.

Sebanyak 78 pemain termasuk juara dua kali Feng Shanshan daripada China dan pemain nombor satu negara Kelly Tan, akan bertarung untuk gelaran sukar itu pada kejohanan tersebut yang menawarkan US$1.8 juta (RM7.56 juta) dari 26-29 Okt di East Course, TPC Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club) di Bukit Kiara, di sini. – BERNAMA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment