Seleweng Dana Kerajaan RM180 Juta, Seorang Pegawai Kanan Direman | KAKI PALU

Seleweng Dana Kerajaan RM180 Juta, Seorang Pegawai Kanan Direman

Share on Google Plus



Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan yang dipercayai bernilai RM180 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Aina Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, suspek wanita berumur 40 tahun itu tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek tersebut yang juga merupakan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian di salah sebuah kementerian ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 8.15 malam semalam.

Selain itu, turut ditahan semalam ialah seorang pemimpin kanan Parti Warisan Sabah yang bergelar Datuk dan seorang ahli perniagaan berumur 52 tahun.

Kedua-dua suspek tersebut ditahan di pejabat SPRM Sabah selepas hadir memberi keterangan semalam. - UTUSAN ONLINE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment