Terpaksa Tutup Hotel Kerana Maksiat Banyak Sangat | KAKI PALU

Terpaksa Tutup Hotel Kerana Maksiat Banyak Sangat

Share on Google Plus




Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan aktiviti maksiat yang berleluasa, kata pihak berkuasa bandar semalam.

Ia selepas kumpulan Islam di negara majoriti Muslim itu menggesa gabenor ibu kota ini bertindak susulan jaminan kempen menutup premis terbabit.

Alexis Hotel yang dipaparkan sebagai 'syurga impian lelaki' dalam laman webnya, turut terpalit dalam kempen pilihan raya terbaru ibu kota ini apabila gabenor baharu, Anies Baswedan, berjanji menutupnya ketika debat di televisyen.

Anies mendakwa penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hanya bertindak di kawasan mundur yang menawarkan maksiat dan dadah.

Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP) Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui.

Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, ia memutuskan tidak melanjutkan permit selepas maklumat beredar dalam media mengenai aktiviti terlarang, sambil menambah adalah penting untuk mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram.

Agensi berita ANTARA berkata, kumpulan Islam sebelum ini menghantar surat kepada pihak berkuasa menuntut hotel berkenaan ditutup, namun membatalkan perhimpunan bantahan dirancang diadakan di luar premis itu atas alasan keselamatan dan teknikal.

Hotel berkenaan gagal dihubungi untuk mengulas, begitu juga pemiliknya.

Media memetik Anies sebagai berkata, Jakarta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan yang menjalankan amalan tidak bermoral.

Ketika menjadi gabenor, Ahok merobohkan daerah pelacuran di Kalijodo pada 2006 sebagai sebahagian kempen meluas membasmi kegiatan tidak bermoral dan menutup beberapa kelab malam terkenal ibu kota ini kerana dadah.

- Agensi/Berita Harian



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment