Undi Untuk PH Umpama Setuju Kezaliman Dr Mahathir, Kata Hadi | KAKI PALU

Undi Untuk PH Umpama Setuju Kezaliman Dr Mahathir, Kata Hadi

Share on Google Plus


(FMT) – Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.

“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.

Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.

PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.

Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.

“Orang Melayu bersama PAS,” katanya. “Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti dapat undi Melayu dan kita lihat Bersatu (PPBM) dan Amanah tidak dapat menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman.”


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment