Universiti Tawar Kursus Seks Dapat Sambutan Hangat | KAKI PALU

Universiti Tawar Kursus Seks Dapat Sambutan Hangat

Share on Google Plus


 Pendidikan seks yang baru diperkenalkan di salah sebuah universiti di Hubei, China menjadi kursus elektif dan menjadi ‘kegilaan’ para pelajar di sana.

Kursus “Kesihatan Seks dan Budaya” yang ditawarkan oleh Wuhan University of Technology, Huaxia College itu mendapat sambutan yang luar biasa. Lebih mengejutkan, tempat yang ditawarkan penuh dalam masa beberapa saat selepas kursus itu ditawarkan.

Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat yang ditawarkan didapati menekap telinga di dinding luar kelas kerana mahu mencuri dengar perbincangan di dalam kelas.

Pensyarah mata pelajaran tersebut berkata para pelajar sebenarnya begitu ingin tahu mengenai tubuh badan mereka dan seks, tetapi mereka berasa amat malu untuk bertanyakan soalan.

Idea untuk menawarkan kursus tersebut adalah untuk memberi para pelajar pengetahuan yang tepat dan objektif mengenai topik-topik berkenaan seks dan tubuh badan mereka.

Pada tahun 2014, sekumpulan pelajar Beijing Normal University mengadakan bantahan di kampus dan meminta semua kolej di China untuk menawarkan kursus pendidikan seks.

Menurut kaji selidik 2016, 76 peratus pelajar kolej China mengatakan bahawa mereka terpaksa melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, sementara dalam kaji selidik yang sama, 10% pelajar kolej perempuan mengaku pernah melakukan pengguguran bayi.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment