Van Gaal Dapat Layanan VVIP | KAKI PALU

Van Gaal Dapat Layanan VVIP

Share on Google Plus




Louis Van Gaal kembali ke bandar Manchester dengan menerima layanan orang kenamaan yang sangat penting (VVIP)

Bekas pengurus Manchester United itu berada di sana untuk tugasan bagi televisyen Belanda ketika United menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Van Gaal turut hadir menyaksikan pertembungan antara Manchester United dan Liverpool di Anfield.

Van Gaal dilihat berada di restoran Cina, Wing seperti kebiasaan yang beliau lakukan sepanjang dua tahun di Old Trafford.

Layanan terhadap Van Gaal adalah bertaraf VVIP apabila beliau hadir menaiki kereta mewah Bentley kepunyaan pemilik restoran yang berharga £300,000 (RM1.68 juta).

Sepanjang penglibatannya sebagai pengurus Manchester United sebelum ini, kelab itu bermain dengan Liverpool sebanyak enam kali, yang menyaksikan empat kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. – MalaysiaGazette



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment