23 Cedera, Tren MRT Singapura Berlanggar | KAKI PALU

23 Cedera, Tren MRT Singapura Berlanggar

Share on Google Plus



Sebuah tren SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen MRT Joo Koon pagi ini, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).


Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.33 pagi.


"Anggota SCDF kini berada di tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera," menurut pasukan itu dalam catatan terkini mengenai insiden itu di laman Facebook.


SCDF berkata 23 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.


MRT Joo Koon berada di Laluan Timur-Barat. - Bernama


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment