Aishah Ditawar Jadi Duta Pil Kurus | KAKI PALU

Aishah Ditawar Jadi Duta Pil Kurus

Share on Google Plus



Mula-mula kecoh tiada pereka mahu menaja busana hingga menjadi topik hangat netizen, apabila sudah viral, penyanyi, Aishah 'diburu' pengeluar pelbagai jenis produk pula.

Peserta musim keempat Gegar Vaganza (GV4) itu mengaku sejak isu baju kecoh di laman sosial, dia ditawarkan menjadi duta beberapa produk termasuk pil dan pakej melangsingkan badan serta fisioterapi.

"Saya hanya tertawa apabila menerima pelbagai tawaran. Bukan saja baju malah pakej untuk saya kuruskan badan dan sesi fisioterapi.

"Rupanya mereka (penonton) mengikuti perkembangan saya termasuk tahu saya ada masalah sakit lutut," katanya kepada BH Online.

Penyanyi Janji Manismu itu mendakwa menerima beratus-ratus khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej melalui media sosial dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang menyatakan hasrat mahu menjadi penaja.

"Saya terkejut sebaik berita mengenai pakaian saya tersebar, ramai yang tampil. Bukan saja secara terus kepada saya, malah ada yang melalui wartawan untuk menyatakan hasrat mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi berkerja dengan saya," katanya.

Bagi memastikan tidak ada pihak berkecil hati, Aishah memberitahu, dia menerima busana daripada beberapa pereka dan membahagikan persalinan setiap minggu selagi bersaing di pentas GV4.

"Kalau saya bertahan hingga minggu kelapan, saya akan pakai baju mengikut senarai pereka yang berjumpa dengan saya.

"Saya tidak mahu mereka berkecil hati, kalau boleh saya mahu pakai semua, tapi bergantung kepada rezeki saya dalam GV4," katanya.

Menyentuh mengenai penampilannya sejak minggu pertama pertandingan itu, Aishah mengaku selama ini dia mengambil mudah soal itu.

"Saya akan lebih serius mengenai penampilan selepas ini. Maklumlah banyak benda baharu... Malah, aplikasi Direct Message (DM) dalam Instagram pun saya baru tahu," katanya tertawa besar.

Mengenai persaingannya dalam GV4, Aishah berkata, dia lebih selesa menjadi peserta 'underdog' dan berjanji memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

"Cabaran utama adalah masa dan kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Malam ini, Aishah meneruskan cabaran GV4 dengan tema Berdua Lebih Baik.

Aishah akan menyampaikan lagu Ceritera Cinta bersama Sam Innuendo yang juga bekas peserta GV.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment