Batu Jed 300 Tan Dianggar Bernilai RM29 Juta | KAKI PALU

Batu Jed 300 Tan Dianggar Bernilai RM29 Juta

Share on Google Plus


Batu jed seberat 300 tan yang ditemui di Myanmar, tahun lalu berjaya dinilai tahun ini.

Menurut laporan Coconuts Yangon, batu jed itu dijangka bernilai AS$7.3 juta (RM29 juta) secara keseluruhannya.

Batu tersebut digali pada 10 Oktober tahun lalu dari sebuah lombong yang beroperasi di bawah kawalan Kementerian Sumber Semulajadi.

Pada awal penemuannya, batu jed berkenaan dijangka bernilai AS$5 juta.

Berukuran 19 kaki panjang, 15 kaki lebar dan 14 kaki tinggi, batu berharga itu yang  terbesar pernah ditemui, kata Timbalan Pengarah Syarikat Myanmar Gems, U Min Thu.

Kerajaan Myanmar dijangka menerima kira-kira AS$1.5 juta dari hasil jualan batu jed itu nanti.

Bagaimanapun, beberapa pihak antarabangsa mengatakan batu tersebut dinilai terlalu rendah dan ia sepatutnya bernilai sehingga AS$170 juta.

Batu jed berkenaan kini disimpan di sebuah gudang di Naypyidaw dengan kawalan ketat.

Beberapa serpihan batu tersebut akan dijual dalam acara jualan oleh Myanmar Gems dan Jade Emporium pada 12 Disember nanti.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment