CAP Dakwa Harga Ikan, Sayur Naik 300 % | KAKI PALU

CAP Dakwa Harga Ikan, Sayur Naik 300 %

Share on Google Plus




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buah-buahan dan ikan yang didakwa meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.


Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, dilaporkan pada 15 November lepas, kenaikan harga dan kekurangan makanan tersebut adalah berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.


Menurutnya, harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).


“Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir,” katanya dalam kenyataan semalam.


Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat peningkatan harga itu yang teruk menjejaskan golongan berpendapatan rendah.- MG


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment