Cinta Hans Isaac, Neelofa Kembali Bertaut? | KAKI PALU

Cinta Hans Isaac, Neelofa Kembali Bertaut?

Share on Google Plus


Tampil mempromosikan program terbaru, Lawak Ke Der Tak Coverline di Meletop, Hans Isaac sempat menjawab usikan Nabil Ahmad tentang hubungan cintanya dengan Neelofa yang pernah terkubur dulu. Memegang status single kini, Nabil sempat bertanya Hans dan Neelofa, adakah cinta mereka akan bertaut semula?


“Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain. Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik”


“Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula,” jelasnya menerusi program Meletop yang diacarakan oleh Nabil dan Neelofa.




Video yang dimuat naik itu bagaimanapun menarik lebih 150,000 tontonan peminat yang ingin tahu perkembangan hubungan mereka. Apapun, Neelofa tampak bersahaja berdepan dengan Hans, mungkin kerana sudah terlalu lama. Maka tiadalah kejadian mengelak apabila tetamu datang. (rtky/w)


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment