Diktator Zimbabwe Enggan Undur | KAKI PALU

Diktator Zimbabwe Enggan Undur

Share on Google Plus


Presiden Robert Mugabe (gambar kecil) masih berkeras bahawa beliau merupakan pemerintah Zimbabwe yang sah, kata sumber perisikan semalam.

Pemimpin itu menolak berunding dengan seorang paderi Katholik untuk membolehkan beliau berundur secara bermaruah susulan rampasan kuasa tentera.

Paderi itu, Fidelis Mukonori bertindak sebagai orang tengah antara Mugabe, 93, dan jeneral-jeneral Zimbabwe yang merampas kuasa kelmarin, kata sumber politik kanan kepada agensi berita Reuters.

Sumber itu tidak memberikan butiran mengenai rundingan tersebut yang bertujuan untuk membolehkan peralihan kuasa secara lancar tanpa pertumpahan darah selepas pengunduran Mugabe.

Mugabe memerintah Zimbabwe sejak tahun 1980.

Beliau yang dianggap wira pembebasan oleh ramai warga Afrika dikecam di Barat sebagai peme­rintah kuku besi yang memusnahkan ekonomi Zimbabwe.

Menurut Reuters, Timbalan Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa yang disingkirkan pada bulan ini telah merencanakan era pasca Mugabe bersama pihak tentera lebih setahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Afrika Selatan menyatakan bahawa Mugabe bercakap dalam telefon dengan Presiden Jacob Zuma kelmarin untuk memberitahu bahawa beliau ditahan di kediamannya tetapi berada dalam keadaan baik.

Di sebalik drama politik itu, jalan-jalan di ibu kota Zimbabwe, Harare tenang kelmarin dengan rakyat melakukan kegiatan ha­rian di bawah pemerhatian pihak tentera yang menempatkan kereta perisai di lokasi-lokasi strategik. – Reuters


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment