Ingvar Asas Ikea Ketika Berusia 17 Tahun | KAKI PALU

Ingvar Asas Ikea Ketika Berusia 17 Tahun

Share on Google Plus


IKEA  merupakan gabungan awal nama pengasasnya, Ingvar Kamprad (IK) dengan huruf pertama kampung tempatnya membesar - Elmtaryd dan Agunnaryd (EA) di Smaland, Sweden Selatan.

Dia mengasaskan Ikea pada 1943 ketika berusia 17 tahun dengan menggunakan konsep perniagaan menerusi pos dan hanya menjual perabot sepenuhnya selepas lima tahun kemudian.

Tujuan utama Ingvar memulakan perniagaan itu adalah untuk menyediakan rangkaian produk perabot yang mampu dimiliki kepada orang ramai, pada masa sama sentiasa mengutamakan produk mesra alam.

Kedai pertama Ikea terletak di Älmhult, Småland pada 1958 dan kedai pertama dibuka di luar Sweden terletak di Norway (1963) dan Denmark (1969).

Seterusnya berkembang maju sehingga ke Eropah pada 1970, yang mana kedai pertamanya di Switzerland (1973), diikuti Jerman Barat (1974).

Sehingga kini, Ikea merupakan peruncit perabot terbesar di dunia sejak 2008, yang mana mempunyai lebih daripada 410 cawangan di 49 negara.

Bagi tahun fiskal 2016, Ikea telah menjual €36.4 bilion, yang mana mencatatkan peningkatan sebanyak 7.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada 2015, Forbes telah menyenaraikan Ingvar sebagai salah seorang lelaki 10 terkaya di dunia yang mempunyai kekayaan lebih 40 bilion dolar.

Bagi kandungan atas talian, Iaman web Ikea mempunyai lebih 12,000 produk yang turut dilayari oleh 2.1 bilion pengunjung pada September 2015 hingga Ogos 2016.

Kebanyakan cawangan dan kilang Ikea dimiliki oleh, Ingka, syarikat yang menguruskan

Stichting Ingka Foundation, salah satu daripada 40 persatuan berkaitan kesihatan di dunia.

Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, pada masa sama, mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk-produk yang dijual.

Berhubung logo syarikat perabot terbesar di Sweden ini pula, logonya tidak berubah banyak sepanjang sejarah syarikat ini ditubuhkan dan versi logo 1967 kekal sebagai simbol perniagaan Ikea sehingga kini.

Di Malaysia, gedung Ikea menjadi pilihan ramai dan terletak di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan akan dibuka di Pulau Pinang.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment