Israel Tahan Mayat Pejuang Palestin | KAKI PALU

Israel Tahan Mayat Pejuang Palestin

Share on Google Plus


Israel menemui mayat lima rakyat Palestin dalam sebuah terowong di sempadan Semenanjung Gaza yang diletupkan minggu lalu.

Pihak berkuasa Zionis mahu menggunakan penemuan itu untuk berunding pertukaran rakyatnya yang ditahan di Gaza.

Satu kenyataan tentera berkata, sejak terowong diletupkan, tentera bekerja di wilayah Israel untuk melengkapkan pemusnahan dan ketika ‘kerja berterusan di kawasan itu,’ lima mayat pejuang ditemui.

Jumaat lalu, kumpulan Islamic Jihad berkata, lima pejuangnya dikhuatiri hilang.

Israel berkata, ia akan menahan mayat pejuang Palestin berkenaan bagi memberi tekanan kepada kumpulan Hamas memulangkan mayat tentera serta penduduk awam Israel yang hilang.

Hamas berkata, ia menahan dua askar Israel yang diisytiharkan mati selepas hilang ketika perang Gaza 2014. Kumpulan itu juga berkata, ia menahan dua orang awam Israel yang memasuki wilayahnya. – Reuters


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment