KAJIAN: Tonton Filem Seram Kurangkan Berat Badan | KAKI PALU

KAJIAN: Tonton Filem Seram Kurangkan Berat Badan

Share on Google Plus


Tengok filem seram pun boleh kurus? Betul ke ni? Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti of Westminster, menonton filem seram boleh membakar kalori.

Dipetik daripada The Guardian, ia bergantung juga kepada individu yang menonton filem seram berkenaan.

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian pada 10 responden dan merekodkan kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan karbon dioksida.

Hasil kaji selidik mendapati, apabila kita menonton filem seram, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk mendapatkan tenaga.

Kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, menonton filem seram juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Berikut adalah senarai 10 filem seram dan bilangan kalori yang dibakar setiap kali menonton filem berkenaan:

1. The Shining: 184 kalori
2. Jaws: 161 kalori
3. The Exorcist: 158 kalori
4. Alien: 152 kalori
5. Saw: 133 kalori
6. A Nightmare on Elm Street: 118 kalori
7. Paranormal Activity: 111 kalori
8. The Blair Witch Project: 105 kalori
9. The Texas Chain Saw Massacre: 107 kalori
10. [Rec]: 101 kalori



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment