Keterlaluan! Demi Charge Handphone, Gadis Ini Cabut Alat Penyokong Hidup Datuknya, Inilah Akibatnya | KAKI PALU

Keterlaluan! Demi Charge Handphone, Gadis Ini Cabut Alat Penyokong Hidup Datuknya, Inilah Akibatnya

Share on Google Plus



Mungkin memang benar manusia sangat bergantung pada teknologi. Apabila bangun sahaja dari tidur, apa perkara pertama kita lakukan? Pasti kebanyakannya menjawab membuka handphone dan memeriksa akaun media sosial.

Tak dinafikan, dalam beberapa kes, teknologi boleh membuatkan kehidupan menjadi lebih mudah. Tetapi, apa yang dilakukan gadis berusia 26 tahun bernama Ally Louia ini sangatlah keterlaluan.
Baginya, mengecas telefon bimbitnya jauh lebih penting dari nyawa datuknya sendiri.

Dilaporkan dari EliteReaders, Ally mencabut alat penyokong hidup datuknya hanya untuk mengecas telefon bimbit. Ally seperti tidak mengetahui pentingnya alat penyokong hidup.

Ally membela diri dengan alasan berikut:

“Bateri telefon bimbit saya tinggal 1%. Selain itu, ibuku memintaku untuk memberi maklumat bagaimana keadaan datuk di rumah sakit, jadi aku harus mengecas telefonku.”

Ketika itu, Ally ke hospital untuk menjenguk datuknya yang sakit paru-paru. Ketika keluarganya meninggalkan ruangan itu, Ally mencabut alat itu dan memasangkan charger telefon bimbitnya.

Namun ternyata, dia bukannya memberikan khabar pada ibunya, malah berselfie dengan datuknya yang sedang menderita kekurangan oksigen.

Ally berpikir datuknya jadi berwarna kebiruan kerana filter. Selain itu, Ally sempat bertanya pada petugas hospital apakah ada plug lain, tapi tidak ada jawaban. Menurutnya tak adil jika hanya disediakan satu plug.

Nasib baik, datuknya dapat mengawal diri dan memberi isyarat kepada penjaga hospital.

Namun, penjelasan apapun yang diberikan Ally tetap membuatkan keluarganya marah.

Tetapi hal itu tidak membuatkan  Ally merasa bersalah. Dia malah menyuruh keluarganya membeli bateri baru atau power bank supaya kejadian tersebut tidak berulang.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment