Kunjungan Trump Ke Asia Berakhir | KAKI PALU

Kunjungan Trump Ke Asia Berakhir

Share on Google Plus



Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau melakukan ‘kerja yang benar-benar hebat’ semasa lawatannya ke lima buah negara di Asia yang menyaksikan beliau mendapat ramai kawan baharu.

Presiden AS itu bagaimanapun mengakhiri lawatan beliau de­ngan mengejut apabila mengabaikan kebanyakan acara dalam satu sidang kemuncak di Filipina.

Trump yang memulakan rangka lawatannya di Jepun 12 hari lalu berkata, kunjungan beliau mencipta kemajuan dengan ma­t­-
lamat untuk mengurangkan defisit perdagangan AS.

“Saya mendapat ramai kawan di peringkat tertinggi,” katanya kepada pemberita sebelum menaiki pesawat rasmi, Air Force One di Manila sambil menambah, lawatan tersebut amat berjaya.

Menurut Trump lagi, kunjungannya memberi manfaat hebat selepas berjaya memeterai perjanjian perdagangan bernilai AS$300 bilion (RM1.26 trilion).

Trump meramalkan faedah perjanjian perdagangan itu akan meningkat empat kali ganda kepada lebih AS$1 trilion (RM4.1 trilion) tetapi tidak memberikan bukti berkaitan.

Sebelum berlepas, Trump berhimpun seketika bersama 18 pemimpin dunia lain menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang sepatutnya menjadi acara terakhir lawatannya.

Trump pada mulanya tidak mahu menyertai sidang kemuncak itu, namun menarik kembali keputusan tersebut selepas dikritik tindakannya akan dianggap kurang sopan.

Beliau tidak menunggu sehingga perasmian sidang kemuncak itu tengah hari semalam dan juga tidak kelihatan semasa sesi bergambar bersama pemimpin lain.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mewakilinya pada sidang kemuncak tersebut.

Sidang kemuncak itu dihadiri 10 negara Asia Tenggara serta Australia, China, India, Jepun Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan AS. – AFP



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment