Monyet Ketagih Minum Petrol | KAKI PALU

Monyet Ketagih Minum Petrol

Share on Google Plus



NEW DELHI - INDIA. Misteri kehabisan petrol tanpa sebab akhirnya terjawab selepas seekor monyet ditangkap ketika ia 'mencuri' minyak daripada motosikal.


Sekumpulan pemilik motosikal di Panipat, utara India terkejut selepas mendapati pencuri petrol mereka adalah seekor monyet yang dipercayai ketagih meminum petrol.


Haiwan tersebut dikatakan berada dalam keadaan 'khayal' selepas meminum petrol malah menolak pisang dan kacang diberikan kepadanya.


Menurut saksi, penduduk pernah beberapa kali menghalau monyet itu dari tempat parkir kenderaan.


"Haiwan licik tersebut akan menunggu sehingga tiada sesiapa berada dekat dengannya sebelum meminum petrol melalui saluran paip bahan api," jelas laporan United Press International (UPI), lapor Daily Mail.


- Sinar Online


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment