Mr. Bean Bakal Jadi Bapa Lagi Pada Usia 62 Tahun | KAKI PALU

Mr. Bean Bakal Jadi Bapa Lagi Pada Usia 62 Tahun

Share on Google Plus



Pelakon watak komedi terkenal Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun, lapor media Britain di sini pada Ahad.

Menurut portal tempatan Astro Awani, pasangannya yang belum lagi dikahwini secara rasmi, Louise Ford, dan juga merupakan seorang pelakon, dilaporkan bakal melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford mula mengenali Atkinson ketika mereka berdua secara kebetulan pula terlibat dalam satu pementasan teater di West End dekat sini pada 2012 lalu ketika aktor tersebut masih lagi berstatus sebagai suami orang.

Atkinson bagaimanapun bercerai dengan isterinya Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford yang berusia 33 tahun itu secara serius beberapa minggu selepas itu pula, menurut laporan Astro Awani.

Menurut sumber rapat dengan pelakon tersebut seperti yang dipetik dalam laporan akhbar The Mirror, Atkinson sudah berasa tidak sabar untuk menyambut ceria kelahiran orang baharu dalam hidupnya.

“Sudah lama beliau (Atkinson) tidak merasai perasaan sedemikian. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu beliau sangat teruja,” kata sumber berkenaan yang dipetik oleh MediaCorp Singapura.

Bersama bekas isterinya yang dikahwini pada 1990 lalu, Atkinson memiliki dua orang anak, Ben, 23, dan Lily, 21. Mereka kali pertama bertemu pada 1980-an ketika Sastry bertugas sebagai jurusolek artis di stesen BBC.

Sebelum ini, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutama Lily, dilaporkan tegang selepas beliau dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque. – Agensi





Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment