Pelajar Perubatan Miss World 2017 | KAKI PALU

Pelajar Perubatan Miss World 2017

Share on Google Plus



SANYA – Pelajar perubatan dari India, Manushi Chhillar, 20, dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67, tahun ini, sekali gus mengikut jejak aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai.


Chhillar yang juga seorang penari tarian klasik India terlatih, ialah wakil keenam dari negara itu yang memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan.


Kemenangannya itu meletakkan India setaraf dengan Venezuela, sebagai negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss World.


“Terima kasih semua atas segala sokongan dan kasih sayang. Kemenangan ini hadiah untuk India,” katanya di Twitter.


Beliau menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico, dalam satu majlis di sini, semalam. – AFP/BH ONLINE





Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment