Pereka Fesyen Tersohor Meninggal Dunia | KAKI PALU

Pereka Fesyen Tersohor Meninggal Dunia

Share on Google Plus



PARIS – Pereka fesyen tersohor, Azzedine Alaia meninggal dunia di sini hari ini menurut Persekutuan Haute Couture dan Fesyen Perancis.

Pereka fesyen kelahiran Tunisia dan berusia 77 tahun itu cukup terkenal dalam industri fesyen di Paris pada 1980-an dan 1990-an.

Dia pernah menghasilkan pakaian untuk Greta Garbo, Grace Jones dan Lady Gaga, selain model terkenal Linda Evangelista, Cindy Crawford serta Naomi Campbell.

Selain itu, hasil rekaannya turut menjadi pilihan bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michele Obama; penyanyi, Madonna dan pelakon Perancis, Marion Cotillard.

Azzedine yang terkenal dengan imej berpakaian hitam memulakan kerjayanya dengan Christian Dior, Guy Laroche dan Thierry Mugler.

Anak keluarga petani itu menubuhkan syarikatnya sendiri selepas itu.

“Dia memiliki nama besar dalam bidang fesyen di sebalik saiz tubuhnya yang kecil,” kata model Perancis, Inès de la Fressange dalam mesej di Twitter.

Sementara itu, Ketua Pengarah (UNESCO), Audrey Azoulay yang juga bekas Menteri Kebudayaan Perancis berkata, Azzedine bakal dikenang sebagai ikon yang berjaya menghubungkan elemen fesyen, seni bina dan arca, bagi menghasilkan pakaian yang menyerlah kecantikan tubuh wanita. – Reuter



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment