Polis Teliti Rekod Lama ‘Datuk Seri’ | KAKI PALU

Polis Teliti Rekod Lama ‘Datuk Seri’

Share on Google Plus


Polis Bukit Aman akan meneliti semula kertas siasatan yang melibatkan beberapa rekod lampau yang disabitkan dengan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata beliau sudah mengarahkan pegawai berkenaan di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman untuk mendapatkan fail siasatan itu bagi melihat rekod lampau tersebut.

“Kami juga sedang mengeluarkan kes-kes dia yang dahulu, nak tengok mengapa tindakan tidak diambil, ada bukti cukup ataupun tidak…kami sedang mengkaji sekarang…kalaulah kami ada keterangan untuk kami ambil tindakan, kami juga akan mengambil tindakan ke atas kes-kes lampau lelaki tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi fasa satu di Bukit Kayu Hitam hari ini.

Ahmad Zahid turut mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara di kompleks berkenaan.

Noor Rashid berkata lelaki yang direman empat hari bermula 31 Okt lepas, turut didapati positif dadah dalam keputusan ujian saringan urinnya. -Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment