Terapi Untuk Mengubat Gay Perlu Dihentikan – Bisi Alimi | KAKI PALU

Terapi Untuk Mengubat Gay Perlu Dihentikan – Bisi Alimi

Share on Google Plus



Seorang aktivis LGBT yang berpangkalan di UK menyeru kepada semua negara untuk menghentikan segala jenis terapi untuk mengubat golongan LGBT.


Bisi Alimi, 42 dari Nigeria menentang semua usaha untuk merawat pengamal gay menggunakan terapi yang melibatkan psikoanalisis, suntikan dan renjatan elektrik.


Menurut laporan Reuters, Bisi menganggap terapi ini sebagai satu bentuk penyeksaan dan tidak perlu dilakukan serta golongan LGBT perlu diterima seadanya.


“Perubahan tidak akan berlaku kecuali apabila masyarakat sedar yang diseksa (dengan terapi pengubahan) itu juga merupakan seorang manusia,” dakwa Bisi lagi.


Baru-baru ini dunia digemparkan dengan keputusan undian rakyat Australia apabila hampir 62 peratus daripada 12.7 juta penduduk yang menyertai pungutan suara menyokong perkahwinan songsang, manakala Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berjanji akan meminda undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis itu menjelang sambutan Krismas tahun ini.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment