[VIDEO] Enggan Lakukan Seks, Bekas Isteri Dicurah Asid | KAKI PALU

[VIDEO] Enggan Lakukan Seks, Bekas Isteri Dicurah Asid

Share on Google Plus



SEORANG wanita kini bertarung nyawa selepas bekas suaminya mencurahkan asid ke alat sulitnya disebabkan dia enggan melakukan seks dengan lelaki berkenaan, dalam serangan yang mengejutkan ramai.

Lelaki itu, Ved Pal, melakukan serangan tersebut terhadap bekas isterinya, yang tidak didedahkan nama, di rumah yang didiami wanita itu di Uttar Pradesh, India.

Menurut doktor, keadaan wanita itu kritikal. Pasangan berkenaan telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai dua anak.

Bapa mangsa, Kedar Singh mendakwa Ved telah memukul anaknya terlebih dahulu sebelum mencurahkan asid terbabit. Ved turut mendapat bantuan daripada abangnya.

Singh mendapat tahu mengenai insiden tersebut selepas dihubungi oleh jiran anaknya, Mereka kemudian membawa mangsa ke hospital.

Suspek kini melarikan diri. – MYNEWSHUB.CC




Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment