“Bukan Abang Saya, Rafizi Dah Silap Besar!”- Rahman | KAKI PALU

“Bukan Abang Saya, Rafizi Dah Silap Besar!”- Rahman

Share on Google Plus



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengancam untuk menyaman naib presiden PKR, Rafizi Ramli kerana mendakwa abangnya menerima kontrak untuk menganjurkan “Ekspo Negaraku”.

Rahman, yang menyelia penganjuran Ekspo Negaraku berkata, Rafizi sudah tersilap besar kerana menyebabkan “kecelaruan identiti”.

“Saya dimaklumkan bahawa Rafizi hari ini mengadakan sidang akhbar untuk menuduh saya melantik ‘abang’ saya sebagai kontraktor Ekspo Negaraku.

“Rafizi telah melakukan silap besar, Raslan Dahlan bukanlah ahli keluarga saya. Rafizi berniat jahat,” katanya menerusi satu siri tweet.

Rahman juga telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, petang tadi.

Awal hari ini, Rafizi telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar di blognya yang bertajuk: “Pengorganisasian Ekspo Negaraku diuruskan oleh sebuah syarikat milik abang Rahman Dahlan.”

Salah satu pemegang saham Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd, yang menguruskan ekspo tersebut, kebetulan mempunyai nama yang sama dengan ADUN Kota Belud tersebut iaitu Raslan Dahlan.

Kenyataan Rafizi bagaimanapun telah ditarik semula. - Mynewshub






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment