Bukan Gambar Saya - Fatin Afeefa | KAKI PALU

Bukan Gambar Saya - Fatin Afeefa

Share on Google Plus


Pelakon Fatin Afeefa kesal dengan tindakan segelintir netizen yang melabelkan gambar seorang wanita sedang bercium tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu adalah dirinya.

Fatin, 22, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi memberitahu gambar berkenaan bukan dirinya dan dia tidak tahu mengenai penyebarannya sehinggalah diberitahu oleh rakan baiknya.

"Gambar itu bukan diri saya. Saya tidak tahu bila ia dimuat naik dan mula tersebar. Ketika menerima gambar berkenaan, ia telah diblurkan.

"Mungkin ada orang cuba dengki dengan saya. Bagaimanapun, sejujurnya saya tidak pernah membuat sebarang masalah dengan orang lain," katanya kesal.

Tambah pelakon yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Kekasih Paksa Rela itu, selepas bercerai dengan pelakon Adam Shahz sekitar bulan Mei lalu, fokus utamanya kini adalah bekerja untuk membesarkan anak-anak. - K! ONLINE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment