Fattah Amin Dikecam Enggan Berdepan Neelofa | KAKI PALU

Fattah Amin Dikecam Enggan Berdepan Neelofa

Share on Google Plus


Kecoh seketika laman sosial apabila pelakon Fattah Amin enggan muncul di rancangan Meletop yang dikendalikan oleh Neelofa baru-baru ini. Menerusi muatnaik oleh pengandali laman sosial rancnagan berkenaan, Fattah berundur di saat akhir kerana hal yang tidak dapat dielakkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, pengurus Neelofa turut menyatakan rasa tidak puas hati melalui Insta Stories selain memohon agar individu yang dimaksudkannya untuk lebih professional.

Malah warga laman sosial dalam masa yang sama turut menyatakan rasa tidak puas hati kepada Fattah. Hal ini terjadi kerana Fattah sendiri sudah berada di lokasi namun enggan muncul untuk ditemuramah oleh Neelofa.

Ada yang menyifatkan Fattah masih belum move on dan pertelingkahan di antara peminat turut berlaku di ruangan komen Instagram milik selebriti yang terlibat. Kadang-kadang mengjengkelkan juga baca komen-komen yang terlalu taksub dengan artis kesayangan masing-masing.



Jujurnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Hendak elak sampai bila? Industri hiburan pun seluas kangkang kera saja, pusing-pusing jumpa muka sama juga. Mungkin juga Fattah mempunyai alasan kukuh untuk menarik diri di saat akhir. (rtky/s)


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment